Ukur Bahan - Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN KONTRAK & UKUR BAHAN

Komitmen kami adalah untuk memberi perkhidmatan kepakaran ukur bahan di peringkat pra dan pos kontrak yang berkualiti dan disiapkan mengikut jadual perlaksanaan yang dipersetujui bersama.

Kami Menjanjikan Perkhidmatan yang terbaik kearah mencapai matlamat bahagian iaitu :-

  • Penyediaan senarai kuantiti dan dokumen tender dalam tempoh 4 minggu selepas penerimaan.
  • Pemangilan sebutharga tidak melebihi 5 hari dari tarikh penerimaan.
  • Menguruskan kerja-kerja undi dalam tempoh 7 hari setelah diterima.

Kami juga menjanjikan perkhidmatan audit teknik dilaksanakan tidak melebihi 5 hari.

Bagi projek dimana pentadbiran kontrak dilaksanakan oleh bahagian ini, kami menjanjikan :-

  • Penilaian interim akan dibuat sekurang-kurangnya sekali pada setiap bulan
  • Penilaian perubahan kerja akan disiapkan dalam tempoh tidak melebihi 3 minggu dari tarikh perkiraan.
  • Perakuan muktamad akan disiapkan dalam 6 bulan dari tarikh siap kerja sebenar.

Kami juga akan sentiasa bersedia memberi khidmat nasihat kepakaran kontrak kepada bahagian atau agensi yang memerlukannya.