Elektrik - Piagam Pelanggan


Cawangan Kejuruteraan Elektrik adalah komited untuk menyedia dan menyenggara aset kerajaan dalam memberi khidmat kepakaran Kejuruteraan Elektrik kepada organisasi JKR dan agensi pelangga berteraskan kepada :

  1. Jangka masa yang ditetapkan
  2. Kos yang ekonomik
  3. Rekabentuk yang berkualiti dan mapan
Cawangan ini akan sentiasa memastikan perkhidmatan elektrik bagi aset kerajaan yang dipertanggungjawabkan kepada kami berfungsi seperti yang ditetapkan 

1.0   PENGURUSAN PROJEK 
  • Memastikan pelantikan kontraktor elektrik dibuat pada peringkat dua puluh peratus (20%)  kemajuan fizikal kontraktor utama.
  • Menyedia dan meyerahkan laporan penilaian tender tiga (3) minggu  selepas penerimaan dokumen  tender daripada urusetia tender.
  • Memastikan kos pelaksanaan projek elektrik tidak melebihi kos yang dipersetujui oleh pelanggan.
  • Memastikan kepuasan pelanggan mencapai tahap tujuh puluh peratus (70%) ditahap baik berdasarkan borang soal selidik kajian kepuasan pelanggan yang diterima.

2.0   PENGURUSAN FASILITI ASET
  • Memberi akaun penerimaan kerosakan elektrik dan membuat penyiasatan kerosakan elektrik dalam tempoh satu (1) hari.
  • Mengambil tindakan penyempurnaan ke atas kerosakan elektrik tidak lebih dari tujuh (7) hari.

3.0   PENGURUSAN KAWALAN BAHAN
  • Mengeluarkan keputusan permohonan baru daripada pembekel/pengilang tidak melebihi lapan (8) minggu dari tarikh permohonan dokumen lengkap diterima.
  • Mengeluarkan keputusan ke atas permohonan pembaharuan daripada pembekal atau pengilang tidak melebihi dua (2) minggu dari tarikh permohonan dokumen lengkap diterima.

4.0   PENGURUSAN ADUAN
  • Memberi akaun penerimaan aduan dalam tempoh satu(1) hari.
  • Memberi maklum balas aduan dalam tempoh tujuh (7) hari.