Ukur Bahan - Pengenalan

Pengenalan

Bahagian kontrak & ukur bahan JKR Perlis ditubuhkan selaras dengan terwujudnya Cawangan Kontrak & Ukur Bahan Ibu Pejabat JKR Malaysia. Bahagian ini juga turut berperanan dan berfungsi sepertimana yang dijalankan diperingkat ibu pejabat JKR Malaysia di dalam menguruskan kerja-kerja di peringkat pra dan pos kontrak samada untuk projek-projek kerajaan persekutuan serta kerajaan negeri.

Objektif

Memastikan projek-projek kerajaan berjalan dengan efisien, teratur serta mengikut kontrak.

Memastikan projek-projek dilaksanakan dengan kos yang optimum di samping memenuhi prosedur dan dasar kerajaan.

Memberikan perkhidmatan kepakaran ukur bahan yang efektif dan khidmat nasihat yang berkesan kearah aduan sifar.