Persidangan Pegawai Kanan (SOC) JKR Malaysia 2025

 
14 JULAI 2025 - Persidangan Pegawai Kanan (SOC) JKR Malaysia 2025 yang berlangsung di Hotel Raia, Kuala Terangganu menyaksikan JKR Negeri Perlis telah membawa pulang kemenangan bagi kategori berikut:-
I- Johan Anugerah Inovasi JKR Malaysia Tahun 2025 bagi kategori Pengurusan Pembinaan Terbaik Projek RM500 Ribu - RM20 Juta (Projek UniMAP - Pembinaan Pusat Kesihatan Universiti)
II- Naib Johan Anugerah Inovasi JKR Malaysia Tahun 2025 bagi kategori Pengurusan Pembinaan Terbaik Projek Melebihi RM20 Juta (Projek Meroboh dan Membina Kuarters Kompleks Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM), Padang Besar, Perlis)
III - Tempat Ketiga Anugerah Inovasi JKR Malaysia Tahun 2025 bagi kategori Pengurusan Pembinaan Terbaik Projek Melebihi RM20 Juta (Projek Pembinaan Bangunan Gantian Penuh Yang Mengandungi 18BD Serta Lain-lain Kemudahan di SK Padang Besar (U), Perlis)
Turut sama mendapat pengiktirafan di SOC 2025 ini di bawah kategori Anugerah Kontraktor Cemerlang adalah seperti berikut:-
I- Takdir Permai (M) Sdn Bhd
Johan Anugerah Kontraktor Cemerlang bagi projek bawah RM20 Juta
II- Solar Alert Sdn Bhd
Tempat Ketiga Anugerah Kontraktor Cemerlang bagi projek melebihi RM20 Juta
Syabas dan tahniah untuk semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kejayaan ini..semoga pasukan JKR Perlis akan terus berdaya maju dan cemerlang di masa akan datang