LAWATAN AKADEMIK UITM SERI ISKANDAR
Tarikh: 23 Jun 2025
Masa: 11.30 pagi – 2.00 petang
Bertempat: Dewan Q & Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan (BKUB) JKR Negeri Perlis
JKR Negeri Perlis telah menerima kunjungan Lawatan Akademik daripada Pensyarah dan Pelajar-Pelajar Fakulti Ukur Bahan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perak yang terdiri daripada seramai 50 orang.
Lawatan Akademik ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pendedahan sebenar ke atas kaedah perolehan yang dilaksanakan oleh JKR Perlis bermula daripada proses Penyediaan Dokumen Tender sehinggalah kepada Proses Penilaian Tender
Sesi lawatan ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah JKR Negeri Perlis, Ir. Norikhwan Bin Haji Abu Seman di Dewan Q, JKR Negeri Perlis. seramai 13 orang kakitangan Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan (BKUB) juga turut menyertai sesi taklimat yang telah disampaikan oleh Sr Dr. Mohd Azizi Bin Ibrahim dan Sr Siti Nabilah Binti Abdullah.
Seterusnya, Pensyarah dan para pelajar mengadakan lawatan ke pejabat BKUB untuk melihat dengan lebih dekat mengenai penyediaan dokumen tender, dokumen kontrak, dokumen sebutharga, keberadaan peti tender atau sebutharga dan lain-lain perkara yang berkaitan.
pautan link : https://www.facebook.com/share/p/16ffSRoZaN/





