LAWATAN KERJA PEMANTAUAN PROJEK SEKTOR BANGUNAN OLEH TIMBALAN KETUA PENGARAH KERJA RAYA (TKPKR) SEKTOR INFRA
16 Jun 2026 | Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (TKPKR) Sektor Infra, Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman yang turut menjalankan tugas sebagai TKPKR Sektor Bangunan telah dibawa melawat ke dua projek bangunan di bawah seliaan Pasukan Projek Persekutuan Negeri Perlis (Unit 1) iaitu UniMAP – Pembinaan Masjid dan Pusat Islam dan Pembinaan Blok Tambahan Pejabat Kastam Kangar, Perlis. Lawatan ini turut disertai Pengarah JKR Negeri Perlis, Ir. Norikhwan Bin Haji Abu Seman selaku Pegawai Penguasa, Wakil Pegawai Penguasa Utama, WPP-WPP Pakar, PTB dan Pegawai Khas dari pejabat TKPKR.
Selesai lawatan tapak, Tuan TKPKR turut meluangkan masa untuk sesi Sua Temu bersama semua Ketua Bahagian dan pegawai-pegawai P&P JKR Negeri Perlis di sebelah petang. Sesi ini menjadi medium terbaik untuk Tuan TKPKR dan para pegawai untuk bertukar pandangan serta berkongsi pengalaman dan cabaran masing-masing dalam melaksanakan tugasan sebagai pegawai di JKR. Tuan TKPKR turut meninggalkan amanat kepada semua pegawai untuk menanamkan semangat
I am JKR di dalam diri masing-masing agar semangat itu akan menjadi pemangkin untuk memberikan yang terbaik dalam Jasa Kepada Rakyat.
pautan link : https://www.facebook.com/share/p/1EEv5Asydn/





