• Laman Utama
  • Berita Terkini
  • | Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) & Menandatangani Dokumen Kontrak bagi Pengurusan Fasiliti Dan Penyenggaraan (FMM) Di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis Bagi Tahun 2025 Hingga 2030

| Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) & Menandatangani Dokumen Kontrak bagi Pengurusan Fasiliti Dan Penyenggaraan (FMM) Di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis Bagi Tahun 2025 Hingga 2030

 
 
23 Mei 2025 | Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) & Menandatangani Dokumen Kontrak bagi Pengurusan Fasiliti Dan Penyenggaraan (FMM) Di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis Bagi Tahun 2025 Hingga 2030 telah diadakan di Pejabat YAB Menteri Besar, Kompleks Seri Putra. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YAB Tuan Mohd Shukri Bin Ramli, Menteri Besar Perlis.
Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran YB Dato' Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Yang Zaimie bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-undang Negeri Perlis, YB Saharuddin bin Sarwan, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YB Tuan Izizam bin Ibrahim, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YBrs Ir. Norikhwan Bin Haji Abu Seman, Pengarah Kerja Raya Negeri Perlis, wakil daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, wakil daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perlis dan Kontraktor Synar Setara Resources Sdn. Bhd.