Tahniah dan Syabas kepada Ir. Mohd Shahril bin Mohd Said
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Ir. Mohd Shahril bin Mohd Said, Mantan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis, di atas penganugerahan Darjah Seri Sirajuddin Perlis (S.S.P) sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-82 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis.
Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan atas khidmat bakti dan komitmen cemerlang beliau dalam memartabatkan perkhidmatan awam serta pembangunan negeri Perlis.
Semoga anugerah ini menjadi inspirasi kepada semua warga jabatan untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi dan integriti.
