• Laman Utama
  • Berita Terkini
  • Majlis Penyerahan Projek Bina Dan Naik Taraf Kemudahan Di Stesen Kuarantin, Padang Besar, Perlis dan Pembinaan Pusat Pemeriksaan Lanjut Dagangan Komoditi Pertanian (Further Investigation Centre (FIC)) MAQIS

Majlis Penyerahan Projek Bina Dan Naik Taraf Kemudahan Di Stesen Kuarantin, Padang Besar, Perlis dan Pembinaan Pusat Pemeriksaan Lanjut Dagangan Komoditi Pertanian (Further Investigation Centre (FIC)) MAQIS

 
Date : 24 Januari 2025.
Place : Pejabat Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Negeri Perlis
 
 
Pengarah Kerja Raya Negeri Perlis, Ir. Norikhwan Bin Haji Abu Seman selaku Pegawai Penguasa telah menyerahkan kedua-dua projek kepada Puan Zeti Hafiza Binti Zakaria, Pengarah Dasar Dan Perancangan Ibu Pejabat MAQIS Putrajaya selaku Agensi Pelanggan. Penyerahan kedua-dua bangunan yang telah berjaya disiapkan ini turut diraikan bersama Tuan Pengarah Pengarah MAQIS Negeri Perlis, Encik Roslan Bin Che At bersama-sama kakitangan MAQIS Negeri Perlis, pihak HOPT, HODT, pasukan projek JKR Negeri Perlis dan pihak kontraktor.
 
Tarikh Milik Tapak bagi kedua-dua projek ini adalah pada 13 April 2023. Projek Bina Dan Naik Taraf Kemudahan Di Stesen Kuarantin telah berjaya disiapkan pada 30 November 2024 oleh Kontraktor Pembinaan Belida Jaya. Projek Pembinaan Pusat Pemeriksaan Lanjut Dagangan Komoditi Pertanian telah berjaya disiapkan pada 11 Disember 2024 oleh Kontraktor Denai Bina Sdn. Bhd. tanpa lanjutan masa. Kos asal bagi kedua-dua projek ini adalah RM10,765,434.00. Projek ini berjaya disiapkan dengan kos akhir berjumlah RM 10,696,809.17.
 
Penyerahan projek ini bukan sahaja menepati KPI JKR Malaysia sekurang-kurangnya 3 dalam 1 malahan telah berjaya melangkaui KPI JKR Malaysia dengan memberi nilai tambahan 8 dalam 1 merangkumi perkara-perkara berikut :
i. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC);
ii. Penyiapan Penyata Akaun Muktamad (SOFA);
iii. Penyiapan As Built Drawing;
iv. Serahan Operation & Maintenance Manual (OMM);
v. Penjimatan kos keseluruhan bagi kedua-dua projek sebanyak
RM 68,624.83
vi. Mencapai Kepuasan Pelanggan
vii. Zero Lost Time Injuries (LTI); dan
viii. Zero Major Defects
 
Dengan penyerahan Projek Bina Dan Naik Taraf Kemudahan Di Stesen Kuarantin ini akan memberi manfaat kepada pihak MAQIS Negeri Perlis menempatkan lembu-lembu yang dibawa masuk dari Thailand dan ditempatkan sementara di Stesen Kuarantin ini dengan penambahan kapasiti kandang yang boleh memuatkan 300 ekor lembu.
 
Skop utama Projek Pembinaan Pusat Pemeriksaan Lanjut Dagangan Komoditi Pertanian yang mana skop utama melibatkan pembinaan empat (4) blok bangunan merangkumi Blok Pusat Simpanan Komoditi Dalam Tahanan, Blok Pusat Kuarantin Ikan, Blok Pusat Kuarantin Tumbuhan dan Blok Elektrik. Penyerahan bangunan baharu ini akan meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan MAQIS dalam bidang agro makanan di Negeri Perlis.