18 Julai 2023
Majlis Penyerahan Sijil EKSA Kendiri (DIY) kepada JKR Negeri Perlis telah diadakan semasa Mesyuarat Pengarah (MP) JKR Malaysia Bil.2/2023 di Menara Kerja Raya (Blok G).

Sesi penyerahan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya kepada YBrs. Ir. Mohd Shahril bin Mohd Said, Pengarah JKR Negeri Perlis.

Tahniah dan Syabas kepada warga JKR Negeri Perlis atas pencapaian pensijilan EKSA Kendiri (DIY) tahap Cemerlang daripada pihak MAMPU. JKR Negeri Perlis juga merupakan jabatan yang pertama di bawah pentadbiran kerajaan Negeri Perlis yang memperolehi pensijilan EKSA Kendiri (DIY) ini.




EKSA telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada Jabatan/Agensi Sektor Awam di Malaysia.

Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing Organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan Jabatan/Agensi Sektor Awam.

LATAR BELAKANG

  • EKSA diamalkan untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang kondusif disamping imej korporat dapat dikekalkan
  • EKSA mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal
  • EKSA mengurangkan pembaziran dari segi masa, ruang dan jimat kos operasi
  • EKSA bermaksud Ekosistem Kondusif Sektor Awam, telah diperkenalkan bagi penjenamaan semula 5S
  • (Rujuk Surat Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bil 1 Tahun 2014: Ekosistem Kondusif Sektor Awam)

DASAR

“Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis mengamalkan budaya kerja produktif, inovatif dan kreatif dengan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif di samping penerapan amalan hijau bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan”

OBJEKTIF

  • Mewujudkan persekitaran dan suasana kerja yang kondusif dan selamat
  • Melahirkan warga kerja yang berdisiplin dan semangat kerja berpasukan
  • Menggalakkan aktiviti pembudayaan amalan hijau
  • Mengoptimumkan ruang kerja untuk menjimatkan kos perbelanjaan

POLISI

Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis beriltizam untuk mengamalkan prinsip EKSA bagi mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif ke arah meningkatkan produktiviti dan kualiti penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang.

MISI

Membentuk budaya kerja yang lebih bersistematik, selamat, bersih, dan berdisiplin dengan melaksanakan amalan ekosistem yang kondusif.

VISI

Meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan ke arah budaya kerja yang bersistematik dan selamat

SLOGAN

" Persekitaran Kondusif Menjana Produktiviti, Kreativiti dan Inovasi "