Projek-Projek Kecil Ransangan Ekonomi Negeri Perlis Tahun 2020
(PROJEK-PROJEK DI BAWAH PENTADBIRAN BAHAGIAN PENTADBIRAN DAERAH, BAHAGIAN PERUMAHAN, JABATAN KERJA RAYA, JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MAJLIS PERBANDARAN KANGAR)
Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri melaksanakan projek-projek kecil di jabatan/agensi yang tersebut di atas dalam usaha mempercepatkan pemulihan ekonomi negeri perlis ekoran dari kesan wabak COVID-19 dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
2. Dengan ini, pemilik-pemilik Lesen G1 (yang beralamat di Perlis sahaja) adalah dipelawa untuk mendaftar secara berpusat seperti berikut :
TEMPAT : DEWWAN Q, JABATAN KERJA RAYA NEGERI PERLIS
TARIKH : 14 MEI 2020
MASA : 8.30 PAGI - 4.00 PETANG
3. Pendaftaran ini WAJIB dihadiri oleh penama yang ditauliahkan seperti dalam Sijil Pendaftaran sahaja. Sila bawa bersama dokumen-dokumen berikut :
I) SALINAN KAD PENGENALAN;
II) COP SYARIKAT;
III) SALINAN PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR;
IV) SALINAN SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN
4. Permohonan yang tidak mematuihi syarat di Para 3 (I-IV) yang ditetapkan dalam kenyataan ini akan DITOLAK.
5. Semua yang hadir hendaklah mengambil langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan (mengamal penjarakan sosial. memakai face mask dan menggunakan hand sanitizer).