• Laman Utama
  • Berita Terkini
  • PROGRAM TURUN PADANG YANG BERHORMAT MENTERI KERJA RAYA KE PROJEK – PROJEK DI UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

PROGRAM TURUN PADANG YANG BERHORMAT MENTERI KERJA RAYA KE PROJEK – PROJEK DI UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

 
 
PAUH, 3 MEI 2025 (SABTU) - Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah turun padang bagi meninjau perkembangan projek – projek di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Turut hadir YBhg. Dato’ Mohd Sakeri Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Dasar Dan Pembangunan) Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan Bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya, YBrs. Pn. Zainora Zainal, Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), YBhg. Prof Dato’ Ts. Dr. Zaliman Sauli, Naib Canselor UniMAP, YBhg. Dato’ Ir. Dr. Balamurugan A/L Gopal, Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan (CKP) JKR dan YBrs. Ir. Norikhwan Bin Haji Abu Seman, Pengarah JKR Perlis. Turut hadir bersama dalam lawatan ini adalah adalah Ketua Jabatan dan wakil dari Kementerian Kerja Raya (KKR), Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Pasukan Projek JKR Perlis.
Terdahulu YB. Menteri dan deligasi telah diberikan taklimat mengenai perkembangan projek - projek di dalam Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melibatkan tiga (3) projek iaitu Menyiapkan Baki Kerja Bagi Pembinaan Dewan Besar UniMAP, Menyiapkan Baki Kerja Bagi Pembinaan Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Bahan & Makmal Dan Pembinaan Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Sistem Elektrik Dan Makmal dan Pembinaan Masjid & Pusat Islam oleh YBrs. Ir. Norikhwan Bin Haji Abu Seman, Pengarah JKR Perlis sebelum YB. Menteri dan deligasi meninjau ke tapak projek Pembinaan Dewan Besar UniMAP.