Perutusan Pengarah

PengarahJKR
Ir. MOHD SHAHRIL BIN MOHD SAID

PENGARAH JKR PERLIS

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia kepada semua pelanggan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perlis dan Selamat Datang ke Portal Web Rasmi JKR Perlis.

Pertama sekali saya ingin melafazkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya dapat saya menyampaikan sepatah dua kata dalam Portal Web Rasmi JKR Perlis ini.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada pegawai - pegawai yang terlibat dalam pembangunan portal ini. Sesungguhnya dengan berkat kesungguhan dan kegigihan mereka, portal ini telah dapat dibangunkan dengan sempurna dan jayanya. Saya amat berterima kasih dan semoga usaha seperti ini dapat diteruskan di masa ke semasa.

Dengan adanya portal ini, semua pelanggan yang mengunjungi Portal Web Rasmi JKR Perlis dapat berkongsi maklumat bersama-sama JKR Perlis dengan lebih cepat dan mudah. Antara maklumat yang dapat dikongsi bersama adalah Sejarah Penubuhan JKR Perlis, Profil Jabatan, Organisasi dan Fungsi JKR Perlis, Iklan Tender dan Sebutharga yang ditawarkan dan sebagainya. Melalui maklumat yang disediakan di Portal Web Rasmi JKR Perlis ini, komunikasi dan perhubungan terus akan dapat dilakukan dengan lebih mudah dan efektif.

Saya juga berharap dengan adanya Portal Web Rasmi JKR Perlis akan dapat membantu menyelesaikan aduan orang ramai dengan cekap dan berkesan. Saya juga turut mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan, komen dan juga pendapat serta saranan daripada semua pelanggan JKR Perlis, bagi memperbaiki dan meningkatkan lagi kandungan dan kualiti portal ini disamping memudahkan orang ramai membuat aduan dan menyemak status aduan mereka serta mendapat informasi mengenai Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis.

Sekian, Terima Kasih.

PENGARAH
JABATAN KERJA RAYA
NEGERI PERLIS